TEG horizontal logo 2

1,443 NASIHAT AKTA 852 DIKELUARKAN KEPADA PEMILIK PREMIS DI KELANTAN

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah mengeluarkan 1,443 nasihat kepada pemilik dan pengendali premis berkaitan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) melalui operasi di 10 daerah dari 1 hingga 14 Oktober.

Pengarah JKNK menyatakan dalam tempoh tersebut, sebanyak 1,201 premis telah diperiksa termasuk kedai yang menjual rokok elektronik dan premis makanan.

Penguatkuasaan pendidikan akan dijalankan selama enam hingga 12 bulan sebelum langkah ketat dikuatkuasakan termasuk pendaftaran produk, pembungkusan dan kawalan jualan yang akan bermula pada 1 April tahun depan.

Operasi ini melibatkan 160 anggota dari pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kastam dan PDRM untuk meningkatkan kesedaran dan kepatuhan terhadap akta tersebut.

Sumber: MKN

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss