TEG horizontal logo 2

Akta 825: JKNS periksa beberapa premis di Metrocity

Pegawai penguat kuasa yang terlibat semasa menjalankan pemeriksaan premis di Metrocity.- Gambar Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

KUCHING: Beberapa premis di Metrocity di sini telah diperiksa dalam operasi penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 825).

Menurut Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), operasi diketuai Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Negeri Sarawak, Sabri Sahari bersama 18 pegawai penguat kuasa daripada Seksyen Inspektorat Perundangan (SIP) JKNS dan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

Operasi itu menyasarkan kedai khas (vape/cerut/rokok dan lain-lain), kedai serbaneka, kedai runcit dan tempat makan atau premis makanan.

Pegawai penguat kuasa yang terlibat semasa menjalankan pemeriksaan premis di Metrocity.- Gambar Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

Tujuan operasi dijalankan bagi menerangkan Akta 852 kepada premis-premis yang berkaitan berkenaan produk rokok. 

Penguat kuasa kesihatan seluruh daerah di Sarawak juga sedang menjalankan operasi sama di kawasan masing-masing.

Sumber: Utusan Borneo

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss