SERDANG: Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dijangka dikuat kuasa selewat-lewatnya Oktober ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Dr Dzulkefly memaklumkan, semua peraturan dan perintah mengikut akta itu sudah mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan kini sedang menunggu untuk dikembalikan semula kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kita sudah di fasa akhir. Oktober ini, insya Allah, kita akan melancarkan empat peraturan dan satu perintah, yang sudah kita selesaikan semuanya daripada AGC.
“Kita sudah anjak sekali (jangkaan penguatkuasaan) dan diharapkan selewat-lewatnya pada Oktober. Kita mungkin nak kejar juga pada September tapi andainya tidak dapat, pada Oktober,” katanya.

Sumber: Berita Harian