TEG horizontal logo 2

Akta Kawalan Produk Rokok perlu lebih tegas, tiada amaran dan kompaun – CAP

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memuji langkah penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mulai 1 Oktober ini.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata keputusan yang ditunggu-tunggu itu bukan sahaja boleh menyelamatkan nyawa manusia tetapi juga alam sekitar.

“Tindakan penguatkuasaan itu perlu dilakukan secara berkesan dan tegas dengan tiada lagi beri amaran atau kompaun.

“Akta ini pasti menyelamatkan berjuta-juta nyawa anak muda yang ketagih rokok, vape dan e-rokok sehingga akhirnya terjerumus dengan dadah berbahaya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut Subbarow berkata, antara isu lain ialah penggunaan e-rokok atau vape di zon larangan merokok yang mana ramai pengguna menganggap ia hanya bagi perokok.

Katanya, pada masa ini tiada lagi tindakan terhadap penghisap vape di zon larangan merokok.

“Tanda amaran di zon larangan merokok bagi pengguna vape dan e-rokok mesti diletakkan termasuk di perhentian bas, pusat beli-belah serta tempat awam.

“Paling penting ialah tidak membenarkan kanak-kanak memegang atau membeli apa-apa jenis produk tembakau dan diharap kerajaan juga mestilah serius dalam menangani isu rokok dan vape,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss