TEG horizontal logo 2

CAP harap KKM dengar saranan Sultan Pahang haramkan vape

Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow menunjukkan poster kempen mengharamkan vape dalam satu majlis di sekolah.

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Kementerian Kesihatan (KKM) mendengar saranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik termasuk vape secara sepenuhnya.

Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow berkata, tindakan itu harus dilakukan bagi menyelamatkan nyawa generasi akan datang.

“CAP gembira dengan titah Al-Sultan Abdullah yang menyarankan supaya penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara sepenuhnya.

“Ini adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh kami termasuk ibu bapa dan guru. Terima kasih Tuanku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Al-Sultan Abdullah sebelum ini menyarankan supaya penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara sepenuhnya.

Baginda bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkatkan di Pahang terutamanya dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK).

Titah baginda, antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung bermula dengan penggunaan vape.

Dalam pada itu, Subbarow berkata isu penyalahgunaan vape itu bukan saja berlaku di Pahang tetapi turut melanda negeri lain.

Sumber: Berita Harian

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss