TEG horizontal logo 2

Jual vape serupa alat tulis tidak bertanggungjawab – MCPF

ANTARA vape menyerupai perkakasan alat tulis sekolah yang ditemui di pasaran. FOTO Ihsan MCPF

KUALA LUMPUR: Tindakan peniaga dan penjual dalam talian menjual rokok elektronik atau ‘vape’ pelbagai bentuk termasuk menyerupai alat tulis seperti gam dan pena penanda disifatkan tidak bertanggungjawab.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Datuk Seri Ayub Yaakob berkata, peniaga peranti itu dikesan menggunakan taktik itu bagi menyasarkan pelajar yang juga remaja bawah umur untuk membelinya.

Menurutnya, pada masa sama tindakan berkenaan mengelirukan beberapa pihak lain termasuk guru, ibu bapa dan penjaga sekali gus melanggar undang-undang.

Katanya, tindakan penjual terbabit jelas sekali melanggar undang-undang seperti Akta Hak Cipta 1987, Akta Paten (Pindaan) 2022 serta Garis Panduan Mengelakkan Iklan Palsu dan Mengelirukan.

Sumber: Harian Metro

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss