TEG horizontal logo 2

‘Kerana pod, paru-paru saya bocor’

Puchong: “Apa yang berlaku membuatkan saya serik dan menjadi titik permulaan untuk berhenti menghisap pod (rokok elektronik),” kata Faizin Azmi. Faizin, 24, kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini selepas mengalami ‘spontaneous pneumothorax’ atau paru-paru bocor mengejut kesan ketagihannya terhadap pod. Kisah Faizin mendapat perhatian selepas dia berkongsi pengalamannya dimasukkan ke hospital kelmarin […]

CAP rayu ahli Parlimen sokong RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merayu 12 ahli Parlimen yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 agar membuat keputusan bijak demi kebaikan generasi masa depan. Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow, berkata sokongan terhadap RUU itu mampu menjimatkan berbilion ringgit perbelanjaan negara. “CAP merayu 12 ahli Parlimen […]

RUU kawalan tembakau: Jawatankuasa Pilihan Khas mesyuarat minggu ini

JOHOR BAHRU – Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dianggotai 12 ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang akan mengadakan mesyuarat pada minggu ini. Pengerusinya yang juga Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, peruntukan undang-undang dari segi penguatkuasaan dan jumlah denda yang akan dikenakan antara perkara […]

Keputusan RUU kawalan tembakau dan rokok ditangguh, pastikan tiada campur tangan industri – Green Lung

PERTUBUHAN Green Lung Malaysia merasa sangat kesal dengan keputusan Dewan Rakyat yang telah dibuat semalam berkaitan Rang Undang- Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok. Rang Undang-Undang tersebut telah dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas berdasarkan Peraturan 81(1), Peraturan Mesyuarat 54(2). Penangguhan ini akan memberi ruang dan masa bagi industri untuk bercampur tangan dengan membawa agenda dan […]