TEG horizontal logo 2

Fahami

Tobacco End Game

Apakah itu...

Tobacco End Game?

Tobacco End Game adalah satu inisiatif yang diusahakan oleh rakyat Malaysia untuk membantu kerajaan Malaysia dalam merealisasikan impian kita bagi mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada amalan merokok (Smoke Free Nation) menjelang tahun 2040.

Salah satu kempen utama yang dipelopori oleh kami, Tobacco End Game Alliance (TEGA) ini adalah Generasi Penamat Rokok atau Generational End Game (GEG).

GEG mempunyai sasaran sepertimana yang telah ditetapkan oleh pakar-pakar kesihatan sedunia, iaitu mencapai prevalen merokok yang kurang daripada 5% dalam kalangan penduduk Malaysia.

Elemen-Elemen

Generational End game

Thompson et al. (2012) mencadangkan bahawa antara elemen yang harus diambil kira dalam mendefinisikan ‘endgame’ adalah:
Prevalen Merokok adalah
Kurang 5%
Menamatkan
penjualan komersil produk-produk tembakau
DENORMALISASI
Menjadikan budaya rokok budaya yang tidak diterima masyarakat
SIFAR
Pendedahan dan penggunaan tembakau dan produk merokok kepada kanak-kanak
* Thomson G, Edwards R, Wilson N, Blakely T. What are the elements of the tobacco endgame? Tobacco Control 2012;21:293-295.

Pendekatan

Tobacco End Game?

Pendekatan yang komprehensif dan holistik sedang diambil bagi menjayakan Tobacco End Game di Malaysia ini sepertimana yang telah digariskan dalam MPOWER Strategy.

MPOWER ini mula diperkenalkan sejak 2008 dan diimplementasi secara bertahap oleh setiap negara yang meratifikasikan World Health Organization Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC).

Ia merupakan satu rangka kerja yang berasaskan kajian saintifik semasa yang dapat membuktikan kawalan berkesan terhadap penggunaan produk tembakau dan merokok.

MPOWER

Framework

MONITOR
tobacco use and prevention policies
Protect
people from tobacco smoke
Offer Help
to quit tobacco use
Warn
about the dangers of tobacco
Enforce
Bans on tobacco advertising, promotion and sponsorship
Raise
Taxes on tobacco

TEGA

&

Inisiatif MPOWER

TEGA juga terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam beberapa inisiatif MPOWER ini bagi membangun Malaysia dalam merealisasikan impian kita bersama.