TEG horizontal logo 2

Kenali

Tobacco End Game

Alliance

Apakah itu...

Tobacco End Game?

Tobacco End Game adalah satu inisiatif yang diusahakan oleh rakyat Malaysia untuk membantu kerajaan Malaysia dalam merealisasikan impian kita bagi mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada amalan merokok (Smoke Free Nation) menjelang tahun 2040.

Salah satu kempen utama yang dipelopori oleh kami, Tobacco End Game Alliance (TEGA) ini adalah Generasi Penamat Rokok atau Generational End Game (GEG).

GEG mempunyai sasaran sepertimana yang telah ditetapkan oleh pakar-pakar kesihatan sedunia, iaitu mencapai prevalen merokok yang kurang daripada 5% dalam kalangan penduduk Malaysia.

ORGANISASI TERLIBAT

Tobacco End Game Alliance

Official-MGLA-Logo-BM

Pertubuhan Green Lung Malaysia

Sebuah pertubuhan yang menjalankan advokasi kawalan tembakau dan kempen generasi bebas daripada merokok. Ditubuhkan pada 2009, Malaysian Green Lung Association (MGLA) adalah sebuah pertubuhan NGO yang mempunyai misi sosial untuk mendidik masyarakat akan bahaya penggunaan produk tembakau, kesan perokok sekunder dan kepentingan persekitaran yang bebas asap rokok demi melindungi golongan bukan perokok daripada tabiat merokok dan juga kesan asap rokok sekunder.
M3logo

Medical Mythbusters Malaysia (M3)

Medical Myhtbusters Malaysia M3 yang merupakan NGO yang dianggotai oleh profesional yang bertauliah, ditubuhkan bertujuan menangkis dan menjawab pelbagai fitnah dan mitos yang dilemparkan ke bidang perubatan khasnya di Malaysia. M3 juga menawarkan alternatif kepada orang awam dalam memberikan maklumat yang tepat dan benar dari mereka yang ahli dan bertauliah dalam bidang masing-masing.
Logo ikram health

IKRAM Health Malaysia

Sebuah NGO di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia yang ahlinya terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri kesihatan dan perubatan. Berperanan dalam menjalankan advokasi kesedaran dan promosi kesihatan serta memberi pendidikan serta latihan kepada warga kesihatan dan juga orang awam.
Public
Health
Malaysia

Public Health Malaysia

Sebuah platform di media sosial yang sangat popular dan mempunyai pengikut sehingga lebih daripad 1 juta. PHM berperanan untuk menyampaikan maklumat mengenai perkembangan dan isu berkaitan kesihatan awam.

Misi, Visi
& Objektif