RESTORAN
KEMPEN
RESBAR
BEBAS ASAP ROKOK
1. Bilakah larangan merokok di premis makan diwartakan?
Larangan merokok di premis makan telah diwartakan pada 1 Januari 2019. Ia melibatkan larangan di seluruh premis makan, baik restoran, rumah kedai, kedai kopi, kiosk atau gerai makan, kendera saji (food truck), tempat makan terbuka, kedai makan atas awan dan kedai makan dalam sungai.
Larangan ini telah dimulakan dengan penguatkuasaan pendidikan yang dijalankan selama setahun di seluruh negara. Manakala penguatkuasaan penuh telah bermula pada 1 Januari 2020.
2. Apakah larangan merokok di premis makan ini melibatkan vape dan shisha?
Larangan merokok ini adalah termasuk pengunaan rokok konvensional, vap (vape), shisha, cigar dan semua jenis produk merokok baharu.
3. Dimanakah seseorang itu boleh merokok?
Seseorang itu boleh merokok pada kedudukan jarak sekurang-kurangnya 3 meter daripada meja atau kerusi terakhir milik sesebuah premis makan itu.
4. Apakah yang akan dikenakan jika seseorang itu melanggar undang-undang ini?
Jika perokok melakukan kesalahan, mereka boleh dikompaun atau didenda.
Bagi individu yang gagal patuhi, denda maksimum yang boleh dijatuhkan adalah sebanyak RM 10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.
Namun begitu, mereka kebiasaanya dikompaun terlebih dahulu. Bagi kesalahan pertama, kompaun adalah sebanyak RM250. Kesalahan ke-2, kompaun RM 250. Kesalahan ketiga, kompaun RM 350. Bagi kesalahan pertama kali, kompaun tersebut boleh dikurangkan kepada RM150 jika dibayar dalam tempoh 1 bulan.
5. Adakah pemilik premis juga terlibat dalam pewartaan ini?
Ya, pemilik atau pengurus premis makan adalah terlibat.
– Premis diminta untuk menyediakan poster tanda larangan merokok.
– Premis dilarang untuk menyediakan bekas abu rokok
– Premis diminta untuk memastikan pelanggan patuh kepada larangan ini.
Pemilik premis makan yang gagal patuhi boleh didenda maksimum RM 3,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan tidak mempamer tanda larangan merokok
Manakala, bagi kesalahan Premis Makan gagal memastikan orang tidak merokok, dendanya adalah RM 5,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan.
6. Apakah akta yang terlibat dalam larangan merokok di restoran ini?
Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 digubal di bawah Seskyen 36 Akta Makanan 1983.
Mereka boleh memanfaatkan platfom media sosial untuk membuat aduan atau laporan, melalui
- Nombor Aduan Rasmi KKM di 0108608949
- Aplikasi mudah alih RepotLah di AppStore atau GooglePlay