TEG horizontal logo 2

7 individu dikompaun merokok

PETALING JAYA – Seramai tujuh individu dikompaun kerana merokok dalam Operasi Larangan Merokok di pusat beli-belah Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Norhalizam Ismail yang juga Ketua Penyelaras Operasi berkata, operasi bermula pukul 10 pagi disertai lapan anggota yang diketuai oleh Muhammad Sharul Mohd. Nasir.

Menurutnya, tujuh individu telah dikompaun kerana merokok di kawasan larangan dan dikenakan notis 11(1)(n) di bawah Peraturan 11 PPKHT 2004.

“Dalam operasi tersebut, pihak pengurusan Berjaya Times Square telah disarankan untuk menambah lebih banyak papan tanda larangan merokok terutama di kawasan tempat letak kereta.

“Pihak Berjaya Times Square turut dimaklumkan supaya menggunakan tong sampah yang tidak bersekali dengan tempat abu rokok bagi mengelakkan pelanggan atau pekerja merokok di dalam premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, nasihat dan pendidikan kesihatan turut diberikan berkenaan Penguatkuasaan Kawalan Hasil Tembakau kepada orang awam.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss