Sebelum dan selepas Walkabout BeBAs tadi, saya telah Pelan Hala Tuju Kesihatan Paru-paru anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia bersama beberapa NGO lain, diikuti dengan Sesi Perbincangan Meja Bulat pada waktu malam.
Saya berkongsi kebimbangan pihak-pihak masyarakat awam yang khuatir dengan budaya merokok dalam kalangan murid dan pelajar sekolah.
Saya ingin maklumkan bahawa di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, amalan merokok termasuk shisha, curut dan rokok elektronik tetap dilarang di premis-premis tertentu.
Peraturan-peraturan yang digubal di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 akan lebih memperkasa usaha ini.
Namun pendekatan seluruh negara (whole-of-nation approach) tetap diperlukan.
Semua pihak, termasuk ibu bapa dan guru, perlu mainkan peranan untuk bersama-sama kerajaan meningkatkan keberkesanan polisi dan undang-undang.
Ayuh kita bina sebuah persekitaran yang sihat dan bersih, bebas daripada ancaman bahana merokok.
#KKMprihatin#MalaysiaSihat#SihatBersama#MalaysiaMADANI
Sumber: Facebook