IKRAM Health Malaysia, Malaysian Green Lung Association serta beberapa lagi Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain telah berjaya menyerahkan satu memorandum kepada YB Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Ketua Pembangkang YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi PSC YB Dr Kelvin dan Wakil kepada Pengerusi BBC daripada parti BN, Bersatu dan PAS di hadapan Parlimen pada pagi ini.
Memorandum berkenaan menggesa Akta Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok yang baharu dan cadangan Generational End Game dibentangkan segera serta diluluskan Dewan Rakyat.