Kenyataan Bersama
Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) menyokong Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang bakal diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan melarang penjualan tembakau dan rokok elektronik kepada individu yang lahir selepas tahun 2005. Langkah yang digelar sebagai ‘Strategi Generasi Penamat’ ini diharapkan mampu mengekang penggunaan produk hasil tembakau dan rokok elektronik dalam generasi yang disasarkan.
Gabungan Kesihatan Malaysia menyeru kesemua ahli Parlimen untuk menyokong Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan dan kesemua Rakyat agar menyokong pelaksanaan langkah bersejarah ini untuk melindungi generasi masa hadapan.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Gabungan Kesihatan Malaysia
Senarai tandatangan penuh di sini