TEG horizontal logo 2

Padah akibat Vape atau Merokok

SIRI KES LUNG INJURY SEBAB VAPING 2022

Berikut adalah beberapa kes kecerderaan/komplikasi paru-paru (seperti: spontaneous pneumothorax) yang dikongsikan secara posting awam di laman Facebook dan ada juga yang kami dapat daripada sumber kedua dan daripada individu sebenar yang terkesan akibat aktiviti vaping bagi tahun 2022 sahaja.


Industri rokok kata : vape adalah pilihan kepada “harm reduction”.
Mereka kata begini sebab mereka juga ada product vape sebagai produk yang dilabel sebagai “new innovation products”
Realiti : lihat sendiri kesan vaping melalui perkongsian kisah mereka yang terkesan. Adakah ini hasil “harm reduction”. Setakat ini tiada mana-mana badan authority kesihatan iktiraf vape sebagai kaedah “harm reduction” termasuk KKM

Industri vape tempatan & influencer/artis Malaysia penjual vape kata: Ini salah pengguna isap berlebihan, tukar-tukar produk dan beli jenama murah. Penyakit EVALI tak wujud. Ia diada-adakan
Realitinya : siapa yang buat promosi & jualan produk. Memang ada salah pengguna, namun kesan yang berlaku ternyata vape ada kesan mudarat dan ia perlu dikawal.


Semoga perkongsian ini membuka mata banyak pihak terutama Ahli Yang Berhormat di dewan Parlimen yang akan menentukan sama ada Akta Kawalan Tembakau & Produk Merokok 2022 termasuk Generational End Game (GEG) diluluskan di Parlimen atau sebalik.

Masyarakat sedang memerhati tanggung jawab pemimpin negara. Majority masyarakat Malaysia Sokong agar Akta ini bersama-sama GEG. YB bagaimana?

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss