TEG horizontal logo 2

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dikuat kuasa Oktober ini

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (duduk tengah) diiringi Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah bergambar bersama peserta Fun Run pada majlis sambutan hari thalassaemia sedunia peringkat kebangsaan 2024 di Lobi Utama, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM. – Foto SAIFULLIZAN TAMADI

SERDANG: Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dijangka dikuat kuasa selewat-lewatnya Oktober ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Dzulkefly memaklumkan, semua peraturan dan perintah mengikut akta itu sudah mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan kini sedang menunggu untuk dikembalikan semula kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita sudah di fasa akhir. Oktober ini, insya Allah, kita akan melancarkan empat peraturan dan satu perintah, yang sudah kita selesaikan semuanya daripada AGC.

“Kita sudah anjak sekali (jangkaan penguatkuasaan) dan diharapkan selewat-lewatnya pada Oktober. Kita mungkin nak kejar juga pada September tapi andainya tidak dapat, pada Oktober,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss