Mari kita belajar sikit mengenai undang-undang vape di beberapa negara ahli ASEAN (Persatuan Bangsa-Bangsa Asia Tenggara). Setiap negara mempunyai peraturan tersendiri mengenai vape, termasuk pengimportan, pengedaran, dan penggunaan. Tulisan ini adalah kesedaran akademik, bukan menuduh mana-mana pihak. Niat kita semua adalah demi kesejahteraan dan kesihatan anak bangsa kita.
Berikut adalah peraturan vape semasa di negara ASEAN:
Thailand – Vape adalah haram di Thailand. Thailand adalah negara pertama ASEAN yang mengharamkan vape pada tahun 2019. Memiliki, menjual, dan pengimportan produk vape boleh dikenakan denda dan penjara. Penggunaan vape dan rokok elektronik dilarang terutamanya di tempat awam. Jika seseorang tertangkap menghisap vape di tempat awam atau di tempat yang tidak diizinkan, mereka akan dikenakan denda hingga 30.000 baht (sekitar RM3,800) dan/atau penjara hingga 10 tahun. Peranti penyediaan mereka akan turut disita oleh pihak berkuasa tempatan.
Singapura – Vape juga adalah dilarang di Singapura. Larangan penjualan dan penggunaan vape di Singapura adalah yang paling ketat antara negara ASEAN. Siapa sahaja yang melanggar akta tersebut akan dikenakan denda. Denda bagi kesalahan menghisap vape di tempat awam adalah SGD $200 untuk kesalahan pertama dan SGD $500 untuk kesalahan kali kedua. Bagi kesalahan yang ketiga dan seterusnya, dikenakan denda maksimum SGD $2000 atau hukuman penjara maksimum enam bulan atau keduanya sekali.
Indonesia – Vape tiada akta khusus di Indonesia, tetapi kerajaan hanya membenarkan cecair yang tidak bernikotin dijual. Peraturan vape dan e-rokok sebenarnya masih dalam tahap perbahasan. Hingga saat ini, kerajaan Indonesia belum mengeluarkan peraturan rasmi yang mengatur penggunaan dan penjualan vape. Namun demikian, pada tahun 2018, Kementerian Kesihatan Indonesia telah mengeluarkan larangan import e-rokok dan produk vape. Selain itu, beberapa daerah di Indonesia juga telah mengeluarkan peraturan mengenai pelarangan penggunaan vape. Sebagai contoh, di Kota Tangerang Selatan, Banten, pelanggaran penggunaan vape boleh dikenakan denda maksima Rp50 juta atau penjara maksima 6 bulan. Sementara itu, di Kota Surabaya, Jawa Timur, pelanggaran penggunaan vape boleh dikenakan denda maksima Rp100 juta atau penjara maksima 1 tahun atau keduanya sekali. Namun, perlu dicatat bahwa peraturan tersebut hanya berlaku di daerah masing-masing dan belum menjadi peraturan di seluruh Indonesia.
Filipina – Vape adalah dibenarkan di Filipina, tetapi terdapat peraturan mengenai pengiklanan, jualan, dan penggunaan. Cecair yang mengandungi nikotin dibenarkan, tetapi hanya untuk penggunaan peribadi. Pada tahun 2019, Filipina meluluskan Undang-Undang Republik No. 11467 atau yang dikenal sebagai “Act Penalizing the Use, Manufacture, Sale, Packaging, Importation, Distribution, and Advertisement of Electronic Nicotine and Non-Nicotine Delivery System and Heated Tobacco Products”.
Undang-undang ini melarang penggunaan, pembuatan, penjualan, pembungkusan, import, distribusi, dan iklan produk pengiriman nikotin elektronik dan non-nikotin serta produk tembakau yang dipanaskan.
Pelanggaran undang-undang ini akan dikenakan hukuman denda dan/atau penjara bagi pelaku dan/atau pemilik perniagaan yang terlibat dalam kegiatan haram tersebut.
Vietnam – Vape adalah sah di Vietnam, tetapi kerajaan hanya membenarkan cecair tanpa nikotin dijual. Terdapat juga sekatan pada pengiklanan dan jualan.
Malaysia – Vape belum ada undang-undang jelas di Malaysia, tetapi terdapat sekatan iklan, jualan, dan penggunaan yang merujuk kepada Akta Kawalan Hasil Tembakau 2004. Tetapi Akta kawalan hasilan tembakau tersebut tidak menyatakan secara jelas mengenai nikotin yang terdapat di dalam cecair vape. Nikotin yang terdapat di dalam daun tembakau secara semulajadi sahaja yang diambil kira di dalam akta tersebut. Pernah dibentangkan Akta mengawal penggunaan vape ini pada tahun 2022, tetapi tidak diluluskan kerana parlimen dibubarkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15. Kerajaan baharu selepas PRU ke-15 masih belum membentangkan lagi akta tersebut tetapi secara luar biasa telah meluluskan pengecualian cecair dan gel nikotin dari jadual pertama Akta Racun 1952.
Jika dilihat secara akademik dan perbahasan ilmiah kesemua negara tersebut masih lagi berhati-hati dalam meluluskan Akta penggunaan vape di negara masing-masing. Diperhatikan juga fokus utama mereka adalah nikotin yang menjadi bahan penting di dalam kitaran ketagihan samada rokok ataupun vape. Penggunaan vape yang mempunyai nikotin terlalu ketat untuk diberikan kelulusan. Walau dah lulus sekalipun, bahan racun nikotin itu masih perlu dikawal selia.
Dr Suhazeli Abdullah
3/4/2023