TEG horizontal logo 2

E-rokok berperisa pudina boleh rosakkan paru-paru lebih teruk – Kajian

“Hanya kerana sesuatu bahan itu selamat untuk dimakan, tidak bermakna ia selamat untuk disedut,” kata pengarang kanan Kambez Benam, profesor bersekutu di Bahagian Pulmonari, Alergi dan Perubatan Kritikal di Sekolah Perubatan Universiti Pittsburgh.

Dalam kajian itu, penyelidik menggunakan sistem robotik untuk meniru manusia menghisap vape dan pernafasan manusia.

“Robot vaping” dapat meniru suhu, kelembapan, isipadu sedutan dan tempoh perokok, sambil turut meniru corak pernafasan yang sihat dan berpenyakit sebagai tindak balas kepada tahap toksik paru-paru yang disebabkan oleh e-rokok.

Penyelidik mendapati cecair e-rokok yang mengandungi mentol menghasilkan lebih banyak zarah mikro toksik dalam paru-paru berbanding tanpa mentol.

Di samping itu, kajian itu menganalisis rekod pesakit yang mengesahkan perbezaan fungsi paru-paru antara e-rokok mentol dan bukan perokok mentol.

Antara 2.5 juta belia yang mengambil e-rokok pada 2022, perisa pudina dan mentol merupakan pilihan paling popular.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS terus menekan pengeluar rokok supaya menghentikan penggunaan mentol dalam produk tembakau mereka untuk menghalang orang ramai daripada menghisap vape dan mengelakkan kematian.

“Bertukar kepada e-rokok mungkin merupakan alternatif yang lebih baik dan selamat bagi seseorang yang cuba berhenti menghisap produk tembakau biasa, namun mereka perlu mengetahui tentang risiko e-rokok sebelum mencubanya,” kata Benam.

— BERNAMA

Sumber: Astro AWANI

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss