TEG horizontal logo 2

eCig: Penyumbang pencemaran e-sisa baharu

SAYA menggesa kerajaan untuk mewujudkan segera garis panduan tatacara pelupusan e-sisa rokok elektronik (eCig) termasuk vape secara sistematik demi kelestarian alam sekitar untuk masa hadapan. 

Bahana bahaya menghisap rokok elektronik bukan sahaja menyebabkan krisis kesihatan yang besar kepada negara malah turut menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. 

Malahan, rokok elektronik bukan sahaja penyumbang kepada pencemaran persekitaran tetapi juga merupakan e-sisa baharu yang tercemar sehingga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar yang teruk.

Di samping itu, saban tahun peratus jumlah rakyat Malaysia yang menghisap rokok elektronik di Malaysia semakin meningkat terutama melibatkan golongan remaja berumur 13-17 tahun. Kajian yang dilakukan oleh pakar menyatakan lebih daripada 1.5 juta penghisap rokok elektronik di Malaysia berikutan kepesatan industri ini.

Tambahan pula, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun lepas menyatakan pelupusan e-sisa baharu iaitu rokok elektronik tanpa cara yang betul atau tidak dikitar semula boleh memberi impak besar kepada alam sekitar. 

Justeru, kerjasama antara rentas menteri serta agensi berkaitan perlu digerakkan secara proaktif. Hal ini kerana platform pelupusan e-sisa rokok elektronik yang betul, kempen-kempen kesedaran, pendidikan pencegahan dan sebagainya amat-amat diperlukan dalam menangani trend baharu menghisap rokok elektronik yang semakin meningkat dan memberi implikasi kepada kesihatan dan alam sekitar. 

“Malaysia Sejahtera”

YB TUAN CHE ALIAS HAMID
Ahli Parlimen Kemaman – 

Sumber: HARAKAHDAILY 

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss