TEG horizontal logo 2

Flash Mob untuk GEGAR KLBAR

Program GEGAR KL Bebas Asap Rokok adalah salah satu program sampingan KL Car Free Morning anjuran JK Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KLBAR) Local Agenda 21 Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia atau (PEMADAM) dan Nicotine Addiction Research and Collaborating Centre Universiti Malaya (NARCC), Kelab Kakitangan MRT Corp dan Eco Town Malaysia Sdn. Bhd. yang meliputi aktiviti Flash mob sempena oleh kumpulan Generational End Game RoadShow daripada NARCC, PEMADAM dan wakil KLBAR.

Persembahan Flash mob ini adalah bertujuan untuk menunjukkan sokongan agensi berkaitan dan badan-badan bukan kerajaan dalam menyokong pihak KKM bagi implementasi larangan merokok kepada Generasi End Game atau Generasi Penamat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Dr. Harjeet Singh, TKSU KKM (Pengurusan) yang mewakili KSU KKM, dan Dato’ Kaswuri bin Keman, Pengerusi Biro Latihan dan Penerangan PEMADAM Kebangsaan melepaskan peserta KLCFM pada pukul 7:15 pagi.

Turut hadir termasuk Datuk Dr. Chong Chee Kheong, TKP KKM (Kesihatan Awam) dan Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM.

Sumber: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=7467641593261011&id=100000457342480

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss