TEG horizontal logo 2

Alangkah Lebih Baik PMX Jaga Malaysia Sama Seperti Beliau Lindungi Keluarganya

KETUA NEGARA, KETUA KELUARGA

Saya tertarik dengan jawapan PMX semalam di parlimen bila ditanya tentang RUU Kawalan Tembakau yang baru.

“Rumah saya memang tak boleh rokok sama sekali..”

Alhamdulillah, tahniah YB. YB ketua keluarga yang baik. Moga Allah rahmati YB, isteri dan keluarga.

Tapi YB..

Bukan kah kami seluruh rakyat Malaysia juga adalah keluarga YB? Bukan lah YB adalah ayah dan ketua keluarga kami semua? Alangkah bagusnya jika kasih sayang yang sama dicurahkan kepada kami semua seperti mana YB menjaga keluarga YB.

Kerana apa?

Vape dan rokok memberi kesan kesihatan bukan hanya pada pengguna, malah orang sekeliling. Tak ada SUAMI yang mahu melihat isterinya mati sebab kanser paru-paru.

Vape dan rokok adalah pintu ketagihan dadah. Tak ada AYAH yang mahu anak-anaknya menjadi penagih magic mushroom, keluar masuk pusat serenti dan menjadi sampah masyarakat.

Vape dan rokok adalah punca kepada masalah sosial. Tak ada KETUA KELUARGA yang mahu ahli keluarganya mengandung anak luar nikah, menjadi perompak, penyangak, atau perogol.

Tak ada.

Sebab tak ada ketua keluarga yang mahukan kemudaratan kepada ahlinya. Saya yakin, walau seseorang itu vape atau merokok, mereka tidak mahu ahli mereka terjebak sama.

Alangkah baiknya jika ketua keluarga Malaysia ikut sama menyaingi keluarga-keluarga lain di sekitar kita. Banyak keluarga lain yang menghalang penularan masalah vape terutamanya.

Alangkah baiknya jika hikmah YB PMX dalam menjaga keluarga YB, dibawa sama dalam amanah YB menjaga kami rakyat (keluarga) Malaysia.

Moga Allah jaga Malaysia dari kemudaratan vape, rokok dan tembakau.

Dr Amirul Amzar

Pakar Perubatan Keluarga

Medical Mythbusters Malaysia, M3

Sumber: Facebook Medical Mythbusters Malaysia

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss