TEG horizontal logo 2

Kenapa Akta Vape Perlu diwujudkan Segera?

Setelah melihat kesan keburukan vape di depan mata dan kes kerosakkan paru-paru akibat vape (EVALI), pakar-pakar perubatan membuat syor-syor supaya penggunaan vape itu perlu disekat segera.

Kementerian Kesihatan juga mendapati pengguna vape dalam negara kita dalam tempoh 5 tahun lalu meningkat sekali ganda dari jumlah 600 ribu pengguna kepada 1.2 juta pengguna. Angka ini amat membimbangkan dan jangan diambil mudah.

Lebih merisaukan pengguna vape di kalangan kanak-kanak dan remaja juga semakin meningkat kesan dari tidak ada satu kawalan untuk penjualan dan penggunaan dalam kalangan mereka. Kajian mendapati bahawa jumlah pengguna vape di kalangan remaja pada tahun 2016 adalah seramai 141 ribu orang dan meningkat mendadak pada tahun 2017 seramai 211 ribu orang. Kanak-kanak dan remaja perempuan juga terlibat dalam menghisap vape ini. Sepatutnya mereka ini dilarang secara total daripada mengambil bahan-bahan yang boleh mendatangkan bahaya.

Tetapi kenapa ini boleh berlaku? Sebabnya tiada kawalan tegas dari ibu bapa atau pihak penguasa. Antara alasan yang dikenal pasti adalah pihak yang diberi tanggungjawab itu tidak mempunyai punca kuasa bagi menggunakan apa-apa tindakan terhadap si penjual vape mahu pun pengguna vape. Pihak berkuasa tempatan pun tidak dapat menggunakan apa-apa akta yang sepatutnya di bawah kawalan tembakau bagi menyekat premis menjual vape.

Akta Kawalan Tembakau yang sedia ada itu hanya melibatkan Penguatkuasaan farmasi apabila vape itu dicampur dengan nikotin dan Akta makanan 1984. Itu pun terhad kepada pihak yang diberi kuasa KKM sahaja.

Cabaran baharu penguatkuasaan adalah jika cecair vape dicampur bahan-bahan terlarang seperti ganja. Perkara ini akan menimbulkan satu kecelaruan baru di dalam masyarakat kerana mereka akan mula ketagih untuk mengambil bahan-bahan terlarang.

Adalah diharapkan wujudnya undang-undang bagi mengawal ataupun regulasi vape ini setidak-tidaknya boleh membantu masyarakat untuk berhati-hati dan berhenti dari menggunakan vape sebagai amalan kehidupan mereka. Disamping itu juga apabila terdapat Akta yang menyekat generasi yang lahir selepas daripada tahun 2007, membantu mengurangkan lagi pengguna vape dan asap rokok dalam negara. Kita sasarkan pada tahun 2040 nanti jumlah menghisap rokok ataupun hasilan tembakau termasuk vape adalah kurang dari 5%.

Suhazeli Abdullah
15.9.2022

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss