TEG horizontal logo 2

Kenapa tak Cukai Sahaja Rokok? Sejak 2015 Tiada Kenaikan Cukai.

Salam Ramadhan. Dah lama saya tak berbicara di ruangan ini. Isu cukai keatas vape ini telah menarik perhatian saya untuk sama2 memberi pendapat.

RM600 juta yang akan dikutip oleh kerajaan hasil dari cukai vape seperti yg diuar-uarkan oleh pihak industri amatlah sedikit berbanding sekiranya dinaikkan cukai eksais ke atas rokok yg sedia ada tanpa perlu untuk mengeluarkan nikotin dari akta racun negara. Yer, tidak perlu pun keluarkan Nikotin daripada Akta Racun 1952.

RM600 yg diuar-uarkan mungkin akan menjadi kurang 40-50% berdasarkan kepada pasaran vape yg tiada kawalan. Dikhuatiri cita2 kerajaan untuk mengutip hasil yg diidam2 kan tidak tercapai malahan akan menghadapi kos yg lebih tinggi bukan sahaja kos rawatan tetapi kos masalah sosial yg akan timbul terutama dari kalangan remaja dan kanak-kanak.

Siapa yg akan kawal vape bernikotin, dah ada ke undang2 atau kawal selia vape?

Apa asasnya RM0.40 per ml nikotin?. Ada ke kajian yg telah dijalankan?

Sekiranya hasil cukai adalah “niat” kerajaan, naikkan cukai ke atas rokok yg akhir sekali dinaikkan pada tahun 2015. Dah 8 tahun, berapa billion kerajaan telah rugi.

Sekiranya cukai dikenakan ke atas industri rokok, kajian menunjukkan kerajaan boleh mengutip lebih kurang RM3 billion. Iaitu menyumbang 24% kepada jumlah hasil cukai eksais berbanding hanya 4.8% dari cukai vape. Lagi banyakkan!!!

Industri rokok berjaya menghalang kerajaan menaikkan cukai ke atas rokok dengan menengahkan isu rokok tidak sah, tetapi apabila mereka sendiri yg naikkan harga rokok, kenapa tak timbul isu rokok tak sah?

Janganlah terpedaya dgn tipu helah samaada industri rokok atau vape sehingga menggadai kesihatan rakyat.

Perkongsian oleh: Dr Norashidah UPM

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss