TEG horizontal logo 2

KKM perlu segerakan kelulusan RUU kawalan produk merokok 

BANGI, Selasa – Tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) mengecualikan nikotin daripada Akta Racun seolah-olah mahu ‘membunuh’ generasi muda dengan menyebabkan mereka ketagihan nikotin pada usia yang muda. 

Sebuah media antarabangsa, Al Jazera turut menghasilkan laporan khas berkaitan isu penjualan vape tanpa kawalan di Malaysia yang membimbangkan kerana ia memberi kesan besar terhadap kesihatan generasi muda.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam satu kenyataan semalam turut menyuarakan kebimbangan berhubung penjualan vape tanpa kawalan di Malaysia sehingga ia menarik minat media antarabangsa menghasilkan satu laporan khas tentang isu itu.

Tambah beliau, Malaysia seolah-olah sudah memasuki era Wild Wild West selepas penjualan bahan nikotin itu didakwa tidak lagi dikawal oleh undang-undang.

Media antarabangsa itu dilaporkan mengunjungi enam buah kedai menjual vape di ibu negara.

Apa yang membimbangkan ialah tiada satu kedai pun yang dikunjungi meminta kad pengenalan bagi pengesahan umur walaupun terdapat notis yang memaparkan bahan itu hanya boleh dibeli pada usia 18 tahun ke atas.

Terdahulu,  Rang Undang Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang sebelum ini dikenali RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 masih tidak boleh diluluskan semasa Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung Jun lalu. 

Sebaliknya, RUU itu perlu dirujuk sekali lagi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan.

Tindakan kerajaan melengahkan kelulusan RUU ini menimbulkan ketidakpuasan hati pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan pengamal perubatan di Malaysia. 

Sumber: PERTIWI

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss