TEG horizontal logo 2

KKM sedia pertimbang haram vape – Dr Dzulkefly

PORT DICKSON – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia mempertimbangkan untuk mengharamkan penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape pada masa akan datang seperti mana dilakukan beberapa negara lain.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun buat masa ini pihaknya mengambil langkah mengawal selia produk tersebut terlebih dahulu di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 (Akta 852).

“Undang-undang dan peraturan-peraturan boleh disemak dan dipinda sekiranya perlu, demi kesihatan awam.

“Akta dan peraturan yang akan berkuat kuasa bulan ini akan dilaksanakan terlebih dahulu, yang akan menjadikan produk merokok termasuk vape sebagai produk yang dikawal selia dengan ketat,” katanya ditemui pemberita pada program Tinjauan Mesra Premis Bersih, Bebas Asap(Bebas) di PD Waterfront di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kerajaan Hong Kong mengumumkan untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape di negara itu.

Menurut Dzulkefly, sebarang pertimbangan lain termasuk mengetatkan undang-undang dan peraturan, boleh dipertimbangkan pada masa hadapan berdasarkan keberkesanan undang-undang dan peraturan sedia ada.

Tambahnya, sekiranya ada cadangan lain ia akan dipertimbangkan menurut tata cara sedia ada dan harus dibahaskan dengan sihat dalam sebuah ruang demokrasi yang matang.

“Saya memang gusar dengan amalan vape dalam kalangan remaja dan semua pihak perlu memainkan peranan untuk mengawalnya,” katanya.

“Dalam tempoh tahun ini sehingga April, sebanyak 16,705 notis kesalahan telah dikeluarkan.

“Selangor merekodkan negeri paling tinggi mengeluarkan notis kesalahan merokok di tempat makan iaitu 6,174 notis diikuti Pahang (5,054), Johor (3,824), Pulau Pinang (2,974) dan Sarawak (2,680),” katanya.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 11,652 premis makanan di seluruh negara telah menerima pengiktirafan Premis Bersih dan Selamat (BeSS).

Sumber: Sinar Harian

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss