TEG horizontal logo 2

Kompaun RM500 kesalahan merokok dijangka terus dibantah Ahli Dewan Rakyat

Dr. Zaliha Mustafa

PUTRAJAYA – Kompaun sebanyak RM500 bagi kesalahan merokok di kawasan larangan dijangka terus mendapat bantahan ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Lantaran itu,Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya terbuka dengan sebarang pandangan mengenai perkara itu serta langkah penyelesaian yang boleh diambil terhadapya.

Bagaimanapun katanya, undang-undang itu tidak mustahil boleh dilaksanakan sekiranya ia mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli Dewan Rakyat.

Off course (sudah tentu) mungkin ada yang tidak bersetuju… secara amnya kalau lebih dua per tiga yang setuju, Alhamdulillah Insya-Allah kita boleh jalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pra-Persidangan (PreCOP), Pra-Mesyuarat (Pra-MOP) dan Bengkel rokok elektronik (ESD), di sebuah hotel di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, beliau akan membentangkan hasil dapatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan berhubung perkara tersebut di Parlimen petang ini.

Katanya, ada beberapa perkara dan cadangan perlu dibincangkan di Parlimen termasuk jika terdapat cadangan-cadangan yang perlu dipinda atau boleh diterima secara tuntas.

Pada Jun lalu, Zaliha ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan Generasi Penamat (GEG) di Parlimen memberitahu, RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk sekali lagi kepada JKPK.

Katanya, tindakan itu mengambil kira maklum balas yang diterima mengenai RUU berkenaan khususnya melalui sesi libat urus yang diadakan pada Mac lepas.

Jelasnya, melalui sesi berkenaan ahli JKPK Kesihatan, selain ahli Parlimen, badan profesional serta badan bukan kerajaan (NGO) mahukan beberapa perkara di bawah RUU terbabit dinilai dan diperincikan lebih lanjut.

Katanya, ia penting untuk RUU tersebut mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pihak.

RUU berkenaan dicadangkan bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk vape kepada mereka yang dilahirkan selepas 2007.

Pada Ogos tahun lalu, Parlimen meluluskan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan.

Bagaimanapun, ia tidak dapat diteruskan berikutan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU).

Sumber: MalaysiaGazette

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss