TEG horizontal logo 2

Kutipan cukai cecair vape tidak mampu tampung kos rawatan EVALI

Tindakan kerajaan mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml), dan mengenakan cukai produk cecair atau gel mengandungi nikotin dilihat amat tidak berbaloi berbanding risiko penyakit kecederaan paru-paru dikenali sebagai “E-cigarrette or Vaping Product Used-Associated Lung Injury” (EVALI).

Tindakan kerajaan mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml), dan mengenakan cukai produk cecair atau gel mengandungi nikotin dilihat amat tidak berbaloi berbanding risiko penyakit kecederaan paru-paru dikenali sebagai “E-cigarrette or Vaping Product Used-Associated Lung Injury” (EVALI).

  • Tindakan kerajaan wartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml), dan kenakan cukai produk cecair atau gel mengandungi nikotin dilihat amat tidak berbaloi berbanding risiko penyakit kecederaan paru-paru dikenali sebagai “E-cigarrette or Vaping Product Used-Associated Lung Injury” (EVALI).
  • Ia boleh sebabkan kecacatan kekal pada sistem pernafasan di mana perbelanjaan rawatan EVALI selama empat hari perlukan kos lebih kurang RM 50,000.
  • Pengerusi I-Medik Johor, Dr Sakinah Abdullah berkata jika rawatan penyakit itu dilanjutkan kos meningkat berkali ganda pastinya bebankan sistem kesihatan Malaysia. 
  • Dr Sakinah berharap larangan penjualan rokok elektronik (vape) yang dikuatkuasakan Kerajaan Negeri Johor dapat dilaksanakan dengan tegas sekali gus menjadi contoh bagi negeri-negeri lain untuk memperketatkan pengawasan terhadap penjualan produk rokok elektronik (vape).
  • Kenyataan itu dibuat menerusi hantaran Facebook  I-Medik Johor.

KUALA LUMPUR — Tindakan kerajaan mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml), dan mengenakan cukai produk cecair atau gel mengandungi nikotin dilihat amat tidak berbaloi berbanding risiko penyakit kecederaan paru-paru dikenali sebagai “E-cigarrette or Vaping Product Used-Associated Lung Injury” (EVALI).

Penyakit itu boleh menyebabkan kecacatan kekal pada sistem pernafasan di mana perbelanjaan rawatan EVALI selama empat hari sahaja memerlukan kos lebih kurang RM 50,000.

Pengerusi I-Medik Johor, Dr Sakinah Abdullah berkata jika rawatan penyakit itu dilanjutkan kos akan meningkat berkali ganda dan pastinya membebankan sistem kesihatan Malaysia. 

Membenarkan penjualan rokok elektronik dan nikotin secara terbuka akan mengundang pelbagai masalah dari segi kesihatan, kewangan dan sosial, katanya.

“Oleh itu, I-Medik Johor ingin menggesa pihak kerajaan persekutuan untuk menyegerakan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.

“Selaras dengan pendirian Kerajaan Negeri Johor, kami mengalu-alukan langkah yang proaktif untuk memastikan kesihatan rakyat Malaysia terjaga dengan baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada minggu lalu.

Hantaran itu dibuat bagi menyatakan sokongan ke atas pendirian kerajaan Negeri Johor yang melarang penjualan rokok elektronik (vape) serta produk berkaitan sebagaimana diputuskan negeri tersebut  pada 1 Januari 2016.

Sehubungan itu, Dr Sakinah berharap larangan penjualan rokok elektronik (vape) yang dikuatkuasakan Kerajaan Negeri Johor dapat dilaksanakan dengan tegas sekali gus menjadi contoh bagi negeri-negeri lain untuk memperketatkan pengawasan terhadap penjualan produk rokok elektronik (vape).

Pada 1 Januari 2016, kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang melarang menghisap vape termasuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang didapati melakukan urusan jual beli peranti tersebut ekoran titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang melarang kegiatan tersebut di negeri tersebut. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook I-Medik Johor

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss