Medical Mythbusters Malaysia (M3) membidas Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura yang mendakwa penguatkuasaan larangan mempamerkan rokok dan peraturan pembungkusan biasa akan membebankan peruncit susulan perlu menanggung belanja RM620 juta.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
- Medical Mythbusters Malaysia (M3) membidas Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura yang mendakwa penguatkuasaan larangan mempamerkan rokok dan peraturan pembungkusan biasa akan membebankan peruncit susulan perlu menanggung belanja RM620 juta.
- “Waduh-waduh… Mereka jual kopi ke jual apa. Satu lagi sejak bila mereka pula yang tanggung kos untuk Plain Packaging & Display Banned tu?
- “Sejak bila rak display rokok di kaunter pengusaha kedai kopi or mana-mana kedai yang jual rokok yang tanggung? Syarikat rokok yang taja all display racks.
- “Sejak bila mereka (kedai kopi) tanggung kos packaging? Semua rokok dah siap packaging apabila keluar daripada kilang atau diimport masuk dalam negara.
- “Auta sungguh persatuan ini. Adakah mereka ini diupah untuk bersuara? Nak bagi satu desakan kepada KERAJAAN MADANI,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
- M3 berkata demikian ketika mengulas laporan berita bertajuk, ‘Larangan Pamer Rokok Mungkin Telan Belanja RM620 Juta, Kata Pengusaha’ yang diterbitkan sebuah portal tempatan pada Rabu.
- “KERAJAAN MADANI sepatutnya lebih mengambil pendekatan negara-negara maju dan pembuktian berdasarkan kajian yang terbukti, bukannya mendengar desakan persatuan proksi syarikat rokok yang bagi alasan tak masuk akal,” katanya.
KUALA LUMPUR — Medical Mythbusters Malaysia (M3) membidas Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura yang mendakwa penguatkuasaan larangan mempamerkan rokok dan peraturan pembungkusan biasa akan membebankan peruncit susulan perlu menanggung belanja RM620 juta.
M3 juga menyifatkan persatuan itu sebagai auta dengan membuat dakwaan sedemikian dan mempersoalkan sejak bila peruncit yang perlu menanggung kos untuk ‘Plain Packaging and Display Banned’.
“Waduh-waduh… Mereka jual kopi ke jual apa. Satu lagi sejak bila mereka pula yang tanggung kos untuk Plain Packaging & Display Banned tu?
“Sejak bila rak display rokok di kaunter pengusaha kedai kopi or mana-mana kedai yang jual rokok yang tanggung? Syarikat rokok yang taja all display racks.
“Sejak bila mereka (kedai kopi) tanggung kos packaging? Semua rokok dah siap packaging apabila keluar daripada kilang atau diimport masuk dalam negara.
“Auta sungguh persatuan ini. Adakah mereka ini diupah untuk bersuara? Nak bagi satu desakan kepada KERAJAAN MADANI,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
M3 berkata demikian ketika mengulas laporan berita bertajuk, ‘Larangan Pamer Rokok Mungkin Telan Belanja RM620 Juta, Kata Pengusaha’ yang diterbitkan sebuah portal tempatan pada Rabu.
Antara kandungan berita itu adalah Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura dilaporkan sebagai berkata penguatkuasaan larangan mempamerkan rokok dan peraturan pembungkusan biasa boleh membebankan peruncit sehingga RM620 juta, selain tambahan RM277 juta setahun perlu dibelanjakan untuk mematuhi peraturan-peraturan tersebut.
Presiden persatuan itu, Wong Teu Hoon berkata melalui pembungkusan biasa, sukar membezakan di antara produk sah dengan terlarang yang akan menimbulkan cabaran kepada peruncit dan agensi penguatkuasaan untuk memastikan kesahihan produk.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni pada 14 Mac lalu memaklumkan, kerajaan bercadang untuk mewujudkan plan packaging bagi dikuatkuasakan sebagai standard penjualan produk rokok dan vape.
Mengulas lanjut, M3 mempersoalkan sama ada kelak Kerajaan MADANI akan akur kepada desakan persatuan berkenaan yang disifatkan sebagai tidak berasas.
“Ternyata pendekatan Plain Packaging & Display Banned ini terbukti mampu memberi impak positif terhadap penurunan kepada penggunaan rokok dan ini sekaligus beri impak dalam usaha mengurangkan jumlah perokok.
“Dan bukan Malaysia negara pertama pun yang akan implimentasikan arahan larangan ini.
“KERAJAAN MADANI sepatutnya lebih mengambil pendekatan negara-negara maju dan pembuktian berdasarkan kajian yang terbukti, bukannya mendengar desakan persatuan proksi syarikat rokok yang bagi alasan tak masuk akal.
“Rugi syarikat rokok itu kononnya lebih penting daripada impak kos rawatan yang disebabkan produk rokok yang kerajaan tanggung subsidi rawatan yang berjumlah BILLION ringgit Malaysia setiap tahun,” kata Medical Mythbusters Malaysia.
M3 mengingatkan kerajaan untuk berhenti tunduk kepada pelobi syarikat rokok, sebaliknya membuktikan objektif Kerajaan MADANI sebenar iaitu melindungi kepentingan awam, melindungi kesihatan awam dan melakukan ‘amar makruf nahi mungkar’.
“Undang-undang Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam sudah lulus Parlimen. Bila hendak luluskan Peraturan-peraturan bawah akta ini? Nak tunggu berapa lama lagi untuk Akta ini boleh dikuatkuasakan?
“Segera luluskan peraturan-peraturan kawalan produk merokok,” katanya. — The Merdeka Times