TEG horizontal logo 2

Luluskan segera RUU kawalan produk merokok, GEG – Pusat Racun Negara USM

Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) menggesa kerajaan bertindak segera mengawal rokok elektronik dan nikotin bagi mengelakkan lebih banyak insiden kanak-kanak keracunan nikotin akibat vape.

  • Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) gesa kerajaan bertindak segera mengawal rokok elektronik dan nikotin bagi mengelakkan lebih banyak insiden kanak-kanak keracunan nikotin akibat vape.
  • “Kewujudan rokok elektronik jenis pakai buang yang mudah digunakan sesiapa sahaja, ditambah dengan perisa makanan seperti buah-buahan atau pun gula-gula serta formulasi baru nikotin dalam bentuk garam nikotin yang berkepekatan tinggi serta mengurangkan rasa tidak selesa (harsh) atau pahit nikotin.
  • “Ia menjadikan rokok elektronik satu pakej yang menarik golongan tidak merokok terutamanya kanak-kanak untuk mencuba rokok elektronik dan berisiko untuk mengalami keracunan. Inilah buktinya!” katanya pada Selasa lalu.

KUALA LUMPUR — Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) menggesa kerajaan bertindak segera mengawal rokok elektronik dan nikotin bagi mengelakkan lebih banyak insiden kanak-kanak keracunan nikotin akibat vape.

Menerusi hantaran di Facebook, PRN USM menegaskan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok dan Dasar Generasi Penamat (GEG) tidak boleh ditangguhkan lagi serta perlu diluluskan segera.

Ia susulan insiden membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berkemungkinan keracunan nikotin dalam rokok elektronik yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad lalu.

Menurutnya, nikotin adalah sejenis dadah psikoaktif yang toksik dan menagihkan serta perlu dikawal ketat penggunaannya. 

“Kewujudan rokok elektronik jenis pakai buang yang mudah digunakan sesiapa sahaja, ditambah dengan perisa makanan seperti buah-buahan atau pun gula-gula serta formulasi baru nikotin dalam bentuk garam nikotin yang berkepekatan tinggi serta mengurangkan rasa tidak selesa (harsh) atau pahit nikotin.

“Ia menjadikan rokok elektronik satu pakej yang menarik golongan tidak merokok terutamanya kanak-kanak untuk mencuba rokok elektronik dan berisiko untuk mengalami keracunan. Inilah buktinya!” katanya pada Selasa lalu.

Terbaharu, dilaporkan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 12 Jun ini untuk bacaan kali pertama.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata KKM pada 26 Mei lalu mengemukakan memo Jemaah Menteri kepada Kabinet dan telah mendapatkan sokongan untuk RUU itu dibentangkan.

Pada masa sama, Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA) dan 44 persatuan gabungannya dilaporkan merayu KKM untuk mempertimbangkan semula pembentangan RUU GEG terhadap individu yang lahir selepas 2007.

Presiden MSCSPGA, Wong Teu Hoon berkata, RUU itu tidak boleh dibentang secara terburu-buru kerana ia belum sempurna dan masih banyak perkara yang perlu diteliti semula sekaligus menggagalkan objektif mengurangkan jumlah perokok. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Pusat Racun Negara

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss