TEG horizontal logo 2

NGO kesihatan gesa MP sokong RUU kawalan tembakau

Sebanyak 43 NGO kesihatan menggesa ahli parlimen menyokong Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok.

Ini selepas ada ahli parlimen yang membangkitkan persoalan mengenai akta berkenaan itermasuk ahli parlimen Muar yang juga Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pengarah Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy, berkata, pihaknya menyokong penuh langkah menggubal akta berkenaan.

“Kami meletakkan sokongan penuh di sebalik akta ini.

“Kami hanya ingin menjelaskan beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh ahli parlimen di parlimen sepanjang minggu lalu dan diharapkan menjawab soalan mereka,” kata Murallitharan dalam sidang media yang diadakan hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang berkata, kebanyakan individu yang merokok, sukar mengawal ketagihan mereka.

“Orang-orang ini (perokok) terjerumus ke dalam lembah ketagihan, dan sukar untuk mereka keluar (daripada ketagihan).

“Jika kita lihat, tabiat sosial ini sudah bermula sejak beberapa dekad lalu, dan kebanyakan orang berasa bergaya apabila melakukan perbuatan itu.

“Dan kita semua tahu bahawa selepas ketagihan rokok, datang pula ketagihan kepada dadah,” kata Amrahi.

Setiausaha Agung Pemadam Burhanuddin Disa pula menegaskan bahawa langkah pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati.

“Jika anda mahu menghalangnya, anda perlu bermula dengan mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

“Ini akan membolehkan seluruh negara bebas daripada asap rokok,” kata Burhanuddin.

Selain itu, pegawai pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) N Subbarow meluahkan rasa kecewa terhadap sikap beberapa ahli parlimen.

“Saya secara peribadi kecewa dengan ahli parlimen yang meminta bukti bahawa anak muda semakin ketagih rokok dan vape.

“Daripada tinjauan yang kami lakukan, kami melihat semakin ramai golongan muda menghisap vape seperti lolipop.

“Ini kerana mereka tidak mengambil berat tentang nikotin yang mereka ambil,” kata Subbarow.

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata RUU Kawalan Tembakau dan Rokok sepatutnya dibentangkan pada mesyuarat kabinet hujung minggu lalu.

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata RUU Kawalan Tembakau dan Rokok sepatutnya dibentangkan pada mesyuarat kabinet hujung minggu lalu.

Sekiranya RUU itu tidak diluluskan di parlimen, NGO tersebut berkata langkah mereka seterusnya ialah mendesak pengharaman rokok dan vape sepenuhnya.

“Langkah kita seterusnya ialah menguatkuasakan larangan sepenuhnya.

“Namun menurut tinjauan yang dijalankan oleh CodeBlue, kita tahu ahli parlimen mana yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan RUU ini, yang memudahkan kami untuk merujuk kepada mereka yang tidak bersetuju dengan RUU ini dan cuba meyakinkan mereka,” kata Murallitharan.

Antara NGO yang hadir menggesa penggubalan RUU Larangan Tembakau ialah NCSM, Pemadam, Persatuan Farmasi Malaysia, Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan.

SUMBER: MalaysiaKini

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss