TEG horizontal logo 2

Nikotin Kini Bebas Tanpa Kawalan!

Buat diagram baru faham. Dimaklumkan keputusan keluarkan Nikotin 31 Mac lepas “AKAN” dibawa Rang Undang-undang Baharu Kawalan Tembakau dan Merokok baharu ke Parlimen dalam masa terdekat.

Paling dekat pun Mei nanti katanya.

Namun dah didengari juga bahawa RUU ini akan “DITUNDA” lagi kerana 6 pilihanraya negeri coming soon. Apakah? Apa kaitan?

————————————–

Nikotin ini ikut sejarah dah beberapa kali diletakkan pengecualian daripada senarai racun. Pertama kali, sekitar 2004 ; tembakau yang memang dikenali ada mengandungi Nikotin dikecualikan/dikeluarkan daripada senarai racun TETAPI ia disambut/dikawal pula bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) di bawah Akta Makanan… Maka tidaklah produk rokok yang ada Nikotin ini BEBAS. Ia masih dikawal.

————————————–

Seterusnya tahun lepas 2022. Produk yang mengandungi Nikotin Untuk Tujuan Rawatan Penggantian Nikotin (NRT) pula dikecualikan daripada Akta Racun 1952. Sebab nak menjadikan produk ini lebih mudah diperolehi bagi perokok yang ingin berhenti merokok. TETAPI ia tidak lah lepas begitu sahaja. Produk Ini masih dikawal bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 & Akta Jualan Dadah 1952

————————————–

Tapi yang ini PELIK. 31 Mac 2023 bersamaan 10 Ramadan 1444 H produk yang mengandungi Nikotin sekali lagi dikecualikan/dikeluarkan daripada Akta Racun 1952. Produk yang dikecualikan/dikeluarkan kali ini adalah Cecair atau Gel BerNIKOTIN untuk rokok elektronik / vape… TETAPI tiada mana-mana peraturan atau akta yang bersangkutan untuk kawal racun ini. Yang dinyatakan Akta yang belum pun dimasukkan semula dalam parlimen untuk diluluskan walaupun dimaklumkan KKM telah melengkapkan akta ini selepas menerima syor serta maklum balas Parlimen Selected Committee (PSC) tahun lepas.

Oh yer, mungkin ramai tidak tahu sejarah 2004 Nikotin dalam bentuk rokok di keluarkan daripada Akta Racun 1952 dan dikawal oleh Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau yang duduk bawah Akta Makanan 1983 itu cuma sementara sahaja. Sementara Akta khas untuk Kawalan Produk Merokok disediakan KKM.

Yer, ini bukan benda baharu yang KKM buat. Difahamkan AKTA Kawalan Produk Merokok ini telah lama dibuat, dibincangkan, diubah, ditambah baik, dibincangkan semula, dibuat ratusan sesi libat urus dan macam-macam lagi sehinggalah mantan YB Menteri Kesihatan sebelum ini sahaja yang berjaya bawa Akta ini ke Parlimen. Almost 19 tahun ia berstatus deraf. Begitulah interference industri yang berjaya DELAYkan Undang-undang ini demi kelangsungan perniagaan mereka.

So now AKTA Baharu dijanjikan akan dibentangkan di Parlimen…. Hmmmm berapa tahun agaknya? Baru janji bulan Mei dah ada yang bersuara “Tunggu lepas pilihanraya negeri”.

————————————–

Dengan ini vape berNIKOTIN ini bebas dan tiada mana-mana akta yang mengawalnya. Ini bermakna pada status kini, “Produk Vape” ini :

1) TIADA KAWALAN isi kandungan

2) TIADA KAWALAN iklan promosi

3) TIADA KAWALAN packaging

4) TIADA pendaftaran produk

5) TIADA syarat pengilang harus mempunyai pensijilan GMP (pharmaceutical)

6) TIADA syarat keperluan pengisytiharan (declaration/notification) pada bahan isi kandungan

7) TIADA HAD kepekatan (mg) Nikotin yang dibenarkan.

8) TIADA HAD umur

9) TIADA LARANGAN untuk meniru (mimicking) produk bahan makanan (food stuff/brand)

10) TIADA SYARAT LARANGAN perisa yang dibenarkan.

Ada banyak lagi TIADA yang boleh disenaraikan. Tapi cukuplah 10 yang ini dahulu

————————————–

Ini belum cerita bab PENGUATKUASAAN.

▶️ Siapa yang bertanggungjawab?

▶️ Adakah KKM? Mana Punca Kuasa?

KPDNHEP? mereka kata mereka kuatkuasa spesifikasi device sahaja. Tapi sudah diwartakan ker spesifikasi Device Vape yang dibenarkan? ; close system atau open system yang dibenarkan?

▶️ Adakah KASTAM?

Melihat kepada kenyataan rasmi MOF kastam jaga Pendaftaran Kilang BUKAN Pendaftaran Produk serta mereka bertanggungjawab pungut cukai.

OLEH ITU SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB?

“Biarkan ia menjadi misteri”

Dalam masa yang berdetik, ancaman terhadap keselamatan & kesihatan awam terus berlaku dan kesannya terhadap masyarakat Malaysia tanpa batasan umur.

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia 

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss