TEG horizontal logo 2

Notis dikeluarkan kerana gagal pamer tanda larangan merokok

BELURAN: Dua notis dikeluarkan terhadap dua syarikat bas penumpang antara daerah yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok dalam kenderaan atau pengangkutan awam.Nilai kompaun setiap notis yang dikeluarkan ialah RM500. Notis dikeluarkan menerusi pemeriksaan pada operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 bagi pengangkutan awam yang dilaksanakan Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran di Sekatan Jalanraya Sapi-Nangoh, di sini, Khamis.

Operasi itu diketuai Inspektor Kesihatan Kanan dari Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Beluran, Shim Jik Kwang bersama empat pegawai dari PKK Beluran.

Shim (kanan) dan pasukan pemeriksa dari PKK Beluran di lokasi operasi itu.

Antara lain, operasi itu turut menjurus kepada penguatkuasaan orang merokok dalam bas awam termasuk tandas bas.Ini bagi melindungi penumpang lain daripada bahaya asap rokok terutamanya penumpang warga emas, ibu mengandung dan kanak-kanak.

Sebanyak 12 buah bas penumpang antara daerah diperiksa sepanjang operasi berkenaan.Sementara itu, pemeriksaan harian juga dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Beluran di Road Check Point (RCP) lokasi berkenaan ketika operasi penguatkuasaan PKK Beluran itu.

Sumber: Daily Express

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss