TEG horizontal logo 2

OPERASI KHAS PENGUATKUASAAN DI PREMIS MAKANAN BAGI KESALAHAN AKTA MAKANAN 1983 DAN PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004 BERSAMA EXCO KESIHATAN, YB ENCIK SIVANESAN A/L ACHALINGAM

Operasi ini diselaraskan oleh Cawangan Inspektorat Dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak dimana Pejabat Kesihatan Daerah Kinta telah menjadi tuan rumah. Operasi ini melibatkan 24 pasukan yang mewakili keseluruhan 12 buah Pejabat Kesihatan Daerah dalam Negeri Perak telah berlangsung pada 21.6.2024 (Jumaat) di semua daerah dalam negeri Perak.

Operasi yang berlangsung melibatkan 120 anggota Pegawai Diberi Kuasa. Sebanyak 359 premis telah diperiksa dengan sebanyak 81 notis 32B bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 telah dikeluarkan.

Sebanyak 1 notis di bawah Peraturan-Peraturan Makanan dan 315 notis di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan dikeluarkan serta 2 penutupan premis dilakukan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana premis tidak suci.

Anggaran kutipan nilai kompaun adalah sebanyak RM 64,350.

Jabatan Kesihatan Negeri Perak menasihatkan orang ramai dan pengusaha premis makanan untuk terus mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai usaha dalam mengekalkan tahap kesihatan masyarakat yang sejahtera.

Sumber: JKNP

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss