TEG horizontal logo 2

Ops Rokok Awam : JKNJ keluarkan 4,106 kompaun

JOHOR BAHRU, 29 Mei– Sebanyak 4,106 notis melibatkan kompaun RM669,300 dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor, JKNJ menerusi Operasi mega Bersepadu Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan hasil tembakau di seluruh Johor, setakat April.

Jumlah itu meningkat 279 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu, 1,082 notis.

Pengarahnya, Dr Mohtar Pungut @Hj Ahmad berkata, ia melibatkan 3,320 notis kesalahan merokok di kawasan larangan merokok dan 213 notis untuk perokok bawah umur.

206 notis pula bagi kesalahan gagal mempamerkan tanda larangan merokok manakala baki 110 bagi penjualan rokok dibawah harga minimum.

Menerusi operasi semalam, 209 notis dengan kompaun bernilai lebih RM51,000 dikeluarkan hasil pemeriksaan di 426 premis seluruh negeri itu.

“Dalam operasi ini, kata menguatkuasakan Peraturan-peraturan kawalan tembakau.

“Ini termasuk keperluan meletakkan tanda larangan merokok termasuk juga di premis jualan kepada bawah 18 tahun, katanya selepas meninjau Ops Rokok Awam di sini.

Tindakan mahkamah boleh diambil kepada pesalah jika gagal membayar kompaun.

(FOTO RTM)

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss