TEG horizontal logo 2

Penguat kuasa rampas cecair vape bernilai RM1.65 juta

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Selangor membuka 32 kertas siasatan kes cecair vape yang disyaki mengandungi racun nikotin dengan anggaran nilai rampasan RM1.65 juta.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata Cawangan Penguatkuasaan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi membuat rampasan itu sepanjang 2019 sehingga Julai tahun ini.

“Dari bilangan kes rampasan yang djalankan di sekitar Lembah Klang, sejumlah 31 kes berjaya didakwa di mahkamah dengan jumlah denda yang dikutip RM108,400.

“Bahagian Perkhidmatan Farmasi sentiasa menjalankan penguatkuasaan ke atas aduan orang ramai berkaitan penjualan cecair vape mengandungi racun nikotin.


“Cecair vape yang mengandungi racun nikotin ini dikawal mengikut Jadual Pertama Akta Racun 1952,” katanya hari ini.

Dr Sha’ari berkata, orang ramai boleh membuat aduan berkaitan penjualan cecair vape bernikotin kepada laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my atau portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam di alamat http://moh.spab.gov.my.

SUMBER: Berita Harian

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss