TEG horizontal logo 2

Peratus remaja merokok meningkat, mekanisme GEG kekal dalam RUU

PUTRAJAYA, 19 Mei– Penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan remaja di negara semakin meningkat daripada 9.8% pada 2017 kepada 14.9%, tahun lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang akan mengawal selia semua produk merokok termasuk rokok elektronik.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Tuan Lukanisman Awang Sauni, RUU tersebut diwujudkan bertujuan untuk melahirkan Generasi Penamat Rokok (GEG) bagi menangani masalah perokok di Malaysia terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“Melalui RUU ini, kita berharap akan dapat mengisi kelopongan semasa berkenan isu berkaitan peraturan dan juga apakah tindakan-tindakan yang boleh kita ambil, melalui penggunaan vape ini.

Selain itu, melalui mekanisme GEG ini, kita kekal untuk memastikan generasi yang lahir dan berusia 18 tahun pada tahun yang kita akan tetapkan nanti, tidak dibenarkan untuk pengambilan rokok dan kemudiannya vape,” kata Lukanisman kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022, di sini.


(Foto FB KKM)

RUU juga telah ditambah baik supaya ia jelas terhadap kawalan rokok dan rokok elektronik kepada generasi penamat.

Dalam pada itu, KKM akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terutamanya kepada penjual yang menjual rokok dan alkohol kepada remaja.

Sumber: Berita TM

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss