TEG horizontal logo 2

PRODUK MEROKOK MEROSAKKAN KEHIDUPAN

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada hari ini 31 Mei 2022 yang bertemakan “Ancaman Tembakau ke atas Alam Sekitar”, Tobacco End Game Alliance (TEGA) menggesa agar seluruh ahli masyarakat terus memainkan peranan proaktif dalam memberikan kesedaran dan advokasi terhadap penggunaan produk-produk merokok dan tembakau yang umumnya telah diketahui memberi banyak mudarat kepada manusia.

Dianggarkan lebih 4.5 trillion puntung rokok dibuang merata-rata di seluruh dunia sepanjang tahun, menjadikannya bahan plastik yang paling banyak mencemarkan bumi kita. Kini, dengan kehadiran rokok elektronik pula, bekas peranti vap dan bekas katrij cecair rokok elektronik pula yang dibuang di merata-rata tempat. Selain telah terbukti mengancam nyawa manusia, produk merokok juga memberikan kesan yang negatif kepada alam sekitar dan kehidupannya.

Oleh itu, langkah kerajaan untuk mewujudkan Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang baru itu termasuk pelan Generasi Penamat mestilah disokong oleh semua pihak dan segera dibentang di Parlimen untuk dilaksanakan. Hal demikian penting bagi mengurangkan prevalen perokok setahun demi setahun dalam usaha mencapai negara yang bebas daripada amalan merokok seterusnya mengurangkan kerosakan ke atas bumi kita.

TEGA sangat mengalu-alukan kolaborasi dan menyokong sebarang usaha yang dijalankan oleh mana-mana pihak dalam menjayakan Pelan Tobacco End Game negara menjelang tahun 2040 ini.

31 MEI 2022

#WNTD2022 #EndGame

IKRAM Health Malaysia
Malaysian Green Lung Association
Public Health Malaysia
Medical Mythbusters Malaysia

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss