TEG horizontal logo 2

Pusat Racun Negara terima satu per tiga kes melibatkan vape perisa mushroom

Ramai pengguna akan mengalami sensasi khayal atau pening kepala hingga menyebabkan mereka berperilakuan seperti zombie setelah mengambil cecair vape berperisa mushroom.

  • Sensasi khayal hingga menyebabkan mereka berperilakuan seperti zombie akan terjadi apabila seseorang mengambil cecair vape berperisa mushroom.
  • Mushroom merupakan sejenis dadah merbahaya yang membawa kesan teruk kepada diri penggunanya. – Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Profesor Amrahi Buang.
  • Trend penjualan cecair daripada bahan terlarang itu membimbangkan kerana perkara ini tidak dikawal dan juga tiada pemeriksaan dilakukan oleh pihak berwajib.
  • “Maknanya kes-kes yang diterima oleh Pusat Racun Negara, satu per tiga melibatkan mushroom,” katanya.

BANGI – Ramai pengguna akan mengalami sensasi khayal atau pening kepala hingga menyebabkan mereka berperilakuan seperti zombie setelah mengambil cecair vape berperisa mushroom.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Profesor Amrahi Buang berkata mushroom merupakan sejenis dadah merbahaya yang membawa kesan teruk kepada diri penggunanya.

Menurutnya, trend penjualan cecair daripada bahan terlarang itu membimbangkan kerana perkara ini tidak dikawal dan juga tiada pemeriksaan dilakukan oleh pihak berwajib.

“Maknanya kes-kes yang diterima oleh Pusat Racun Negara, satu per tiga melibatkan mushroom. 

“Jadi perkara ini, sangat serius. Itu benda yang dikesan. Ada lagi yang tak dikesan. Kita tahu bahawa rakyat Malaysia ini kreatif. Very-very kreatif. 

“Apa sahaja yang dia tak masukkan kat dalam tu. Ubat nyamuklah, ubat batuklah. Apa semua. Jadi kreativiti lain macam pula. So it is a very serious matter,” katanya ketika ditemu bual The Merdeka Times pada sesi Sidang Media Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dan Pelaksanaan Dasar Generasi Penamat (GEG): Cabaran dan Implikasi Terhadap Pembangunan Malaysia Madani hari ini.

Menurutnya, negara kita sudah dikenal pasti cepat menular dalam permasalahan berkaitan dadah merbahaya ini dan ia akan menjadi lebih besar pada masa akan datang.

Amrahi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penjualan cecair vape perisa campuran dadah mushroom yang dijual secara bebas dan tanpa tapisan secara dalam talian.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengesahkan pengecualian nikotin daripada Akta Racun 1952 dan satu RUU baharu untuk mengawal selia produk dan peranti rokok akan diperkenalkan pada sesi Parlimen akan datang. 

RUU berkenaan mengandungi peruntukan yang memastikan kawalan menyeluruh ke atas nikotin dalam cecair dan gel yang digunakan dalam e-rokok dan vape.

Sumber: The Merdeka Times

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss