Dalam satu inisiatif yang kontroversi yang diperkenalkan, perokok di UK tidak lama lagi akan digalakkan untuk menukar rokok mereka dengan pen vape dalam usaha membantu mereka berhenti.
Namun Pengerusi Persatuan Perubatan Australia NSW, Dr Michael Bonning, melibas inisiatif itu dan berkata ia mengabaikan kedan bahaya vape terhadap tubuh badan.
“Ia benar-benar sampah daripada Kerajaan British,” katanya kepada Today Extra.
“Terdapat begitu banyak bukti yang menunjukkan kemudaratan vape dan kemudaratan nikotin, menjadikan ketagih kepadanya dan menormalkan sesuatu yang kita mahu jauhkan daripada tangan orang muda.”
Dalam kenyataan Policy Exchange baru-baru ini , Menteri Kesihatan Britain Neil O’Brien mengemukakan rancangan kerajaan untuk menghentikan tabiat merokok dan menghentikan golongan muda menghisap vape menjelang 2030.
Beliau berkata “vape adalah kurang berbahaya daripada merokok” dan “rokok adalah satu-satunya produk yang akan membunuh anda jika digunakan dengan betul”.
“Kenyataan-kenyataan yang mengatakan ia lebih selamat dalam apa jua cara, kebanyakan penyelidikannya itu adalah dibiayai oleh syarikat tembakau,” kata Dr Bonning.
“Sekiranya kita tahu sekarang apa yang kita tahu tentang vape, kita akan berada dalam situasi di mana kita akan mengharamkannya. Rokok masih menjadi punca utama kematian dan morbiditi dalam komuniti kita, jadi mengapa kita mahu harungi pusingan kedua (masalah ini) dan melanjutkan lagi pengaruh tembakau terhadap semua orang selama 30, 40, 50 tahun lagi.”
Sumber: 9Now