TEG horizontal logo 2

Rokok penyumbang tertinggi kes tibi di Indonesia

JAKARTA: Merokok menjadi penyumbang tertinggi kes batuk kering atau tuberkulosis (tibi) di Indonesia, selain faktor pemakanan, HIV, kencing manis dan alkohol.

Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan, Imran Pambudi, berkata berdasarkan penyelidikan, merokok menyumbang kira-kira 20 peratus daripada kes tibi.

Beliau berkata batuk kering bukanlah penyakit yang berlaku secara semula jadi, sebaliknya terdapat faktor yang menyumbang kepadanya yang perlu ditangani.

“Saya membuat kajian kecil, 76 peratus lelaki Indonesia merokok. Itu yang tertinggi di Asia. Dan saya juga membaca perbelanjaan untuk rokok adalah kedua tertinggi, selepas makanan.

“Setiap bulan, per kapita, ada perbelanjaan untuk rokok, kira-kira Rp76,500 (RM22.18). Jadi (selepas) makanan, kedua rokok. Yang lain pendidikan, kesihatan,” katanya pada Pelancaran dan Latihan untuk Papan Pemuka Penjejak Dasar: Menavigasi Peta Dasar Tuberkulosis,”

Sehubungan itu beliau menggesa rakyat Indonesia memberi perhatian kepada isu berkenaan bagi membantu menangani penyakit batuk kering.

Portal berita ANTARA melaporkan Indonesia diramalkan mempunyai lebih sejuta pesakit tibi baharu tahun lalu.

“Dan kematian akibat tibi lebih banyak daripada COVID, sebenarnya. Jika dikira, kematian akibat tibi, setiap empat minit,” katanya.

Beliau berkata, penyakit tibi wujud sejak ribuan tahun, malah jutaan tahun dahulu, dan ia masih belum dapat dihapuskan.

Sumber: Berita Harian

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss