Ini adalah wabak yang masih belum ada kawalan. Semakin ramai selebriti dengan secara terbuka telah menjadi duta produk rokok elektronik.
Entah berapa banyak habuan yang diterima sehingga mereka sanggup gadaikan reputasi, nama baik dan kredibiliti sebagai pelakon yang dihormati (yang dibina berpuluh tahun).
Amaran yang keras perlu dilakukan untuk menghalang kegiatan yang bertentangan dengan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam. Perlu berani dan tegas.
Sedangkan syarikat gergasi pun boleh tutup kedai penangan boikot, apatah lagi selebriti yang memberi pengaruh buruk. #Blockout2024
Sumber: PHM