TEG horizontal logo 2

SURAT TERBUKA KEPADA AHLI-AHLI PARLIMEN

SOKONG PEMBENTANGAN AKTA KAWALAN BAHARU PRODUK TEMBAKAU DAN MEROKOK SERTA PELAKSANAAN GENERASI PENAMAT ROKOK (GENERATIONAL END GAME) DALAM SIDANG DEWAN RAKYAT YANG BERSIDANG PADA BULAN JUN 2023 INI

Kami, dari Tobacco End Game Alliance (TEGA) yang terdiri daripada Malaysian Green Lung Association (Green Lung), Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health),  Medical Mythbusters Malaysia (M3), Portal Public Health Malaysia (PHM), bersama-sama Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMy), badan-badan perubatan dan kesihatan profesional serta persatuan ibu bapa dan guru yang disenaraikan menyatakan sokongan penuh kami terhadap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 termasuk dasar Generasi Penamat Rokok (Generational End Game – GEG) yang akan dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa di dalam sidang Dewan Rakyat kali ini pada 12 Jun 2023 nanti.

BENTANG, BAHAS DAN UNDI DALAM SIDANG MEI-JUN 2023 INI

Kami ingin menggesa agar RUU ini dibentangdibincang serta dibahas dan akhirnya diluluskan oleh ahli-ahli Parlimen di dalam persidangan Dewan Rakyat pada sesi kali ini. Kami ingin menegaskan agar ahli-ahli parlimen tidak lagi menangguhkan RUU ini ke sidang parlimen yang seterusnya pada bulan Oktober nanti kerana ‘lacuna’ kelompongan undang-undang sedia ada terhadap kawalan produk rokok elektronik dan vape bernikotin akan terus berlarutan lebih lamanya dan pastinya memudaratkan kesihatan awam.

KEKAL DASAR GENERASI PENAMAT (GEG)

Kami menggesa agar dasar Generasi Penamat Rokok atau Generational EndGame (GEG) terhadap golongan yang lahir selapas 1 Januari 2007 di dalam RUU ini dikekalkan dan tidak diasingkan sama sekali daripada RUU ini kerana kepentingan melindungi generasi masa hadapan negara daripada ancaman kemudaran tabiat merokok dan vaping ini mesti diutamakan.

SOKONG RUU GEG DEMI KESIHATAN AWAM

Kami juga menggesa agar ahli-ahli Parlimen terus memberi sokongan terhadap RUU GEG ini demi kesejahteraan negara pada masa kini dan hadapan.

Sekian.

#SokongRUUGEG

#DemiKesihatanAwam

9 JUN 2023

Surat terbuka oleh:

  1. Green Lung Malaysia Association (Green Lung)
  2. Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)
  3. Medical Mythbusters Malaysia (M3)
  4. Public Health Malaysia (PHM)
  5. Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMY)
  6. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  7. Majlis Belia Malaysia (MBM)
  8. Parents Against Vape and Cigarettes (PAVAC)
  9. Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)
  10. Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC)
  11. National Cancer Society Malaysia (NCSM)
  12. NCD Consultant Chapter
  13. Malaysia Medical Association, Action on Smoking and Health Committee (MMA-ASH)
  14. Malaysia Medical Association, Public Health Society (MMA-PHS)
  15. NCD Malaysia
  16. 1Pertubuhan Nadi Amal Jiwa Wanita Malaysia (NAJM)
  17. Persatuan Amal dan Sukarelawan Batu
  18.  Pertubuhan Kebajikan Wanita dan Keluarga Malaysia
  19. Yayasan Teladan Kemanusiaan
  20. Pertubuhan Kebajikan Kota Iskandar
  21. CSR Brand Angel
  22. Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR)
  23.  Persatuan Kebajikan Muhibbah Mesra Rakyat Kuala Lumpur (PERKEMM)
  24. Persatuan Kesihatan Dan Kemanusian Malaysia
  25. Persatuan Lestari Alam Malaysia
  26. Family Medicine Specialists Association (FMSA)
  27. Nicotine Addiction Research & Collaborating Centre (NARCC)
  28. University Malaya Medical Society (UM MEDSOC)
  29. UMCares Squad
  30. Persatuan Peniaga-Peniaga Muslim Kebangsaan (MUBIN)
  31. National Kidney Foundation (NKF)
  32. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
  33. Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam
  34. Yayasan Atfal Jannah
  35. Universiti Malaya Medical Alumni Association
  36. IKRAM Muda Malaysia
  37. Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM)
  38. Malaysia Pharmacist Society (MPS)
  39. Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia
  40. Association of Malaysia Optometrists
  41. Health Diplomacy Malaysia
  42. Kluster Perubatan & Kesihatan, Akademi Professor Malaysia
  43. Gerakan Penuntut Sarjana Kesihatan Awam Universiti Malaya
  44. Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
  45. Kelab PM PINTAR
  46. Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan  Malaysia (SUSDEN Malaysia)
  47. Persatuan Pendidikan Dan Penyelidikan Untuk Pengguna Pahang (ERA Pengguna Pahang)
  48. Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia
  49. Persatuan Perlindungan Pengguna Negeri Sembilan (PPPNS)
  50. MyAid Malaysia
  51. Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM)
  52. Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)
  53. THE International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ)
  54. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
  55. Persatuan Laryngectomee Malaysia
  56. Pertubuhan Wanita Malaysia Untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH)
  57. Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia
  58. Federation of Malaysian Business Associations (FMBA)
  59. Pertubuhan Hal Ehwal dan Perlindung Pengguna Sabah (CAPS)
  60. Yayasan Ipoh
  61. Persatuan Pemulihan Sultan Azlan Shah, Bercham, Ipoh

Terkini 9 Jun 2023 @ 7.10 pm
Senarai akan dikemaskini dengan kerap

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss