Telah berlangsung pada 28 Feb 2022 penerangan secara maya berkaitan (Generational End Game – GEG) atau dikenali sebagai Generasi Penamat yang di anjurkan oleh Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR).
Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Noraryana Hasan, Ketua Sektor Kawalan Tembakau dan FCTC KKM secara dalam talian dan diikuti lebih 30 ahli Penggerak Belia Selangor.
Antara objektif yang disampaikan adalah melarang mereka yang lahir bermula tahun 2005 membeli, memiliki dan menghisap rokok. Sekiranya perkara ini dapat dicapai generasi akan datang iaitu anak cucu kita akan hidup dalam keadaan sihat dan bumi Malaysia khususnya Selangor akan bebas daripada asap rokok.
Penggerak Belia Selangor melalui Sdri. Chin Pei Chi, EXCO Kesejatheraan & Kesihatan menyokong sekiranya kempen ini dihebahkan melalui program yang dianjurkan oleh PeBS DUN di Negeri Selangor.
Terima kasih buat Dr.Afiq dari IKRAM Health atas jemputan dan semua ahli PeBS yang meluangkan masa mendengar taklimat ini. Semoga bermanfaat.
#BeliaSelangorPenerajuKejayaan #SelangorBebasAsapRokok
Sumber: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=703716257736486&id=106259890815462