TEG horizontal logo 2

Tanpa perundangan kerajaan tak boleh kawal nikotin dalam vape – KJ

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak boleh mengawal penggunaan gel nikotin dalam vape sekiranya tiada undang-undang gantian diwujudkan selepas ia dikeluarkan daripada Akta Racun 1952.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Dasar Generasi Penamat (GEG) salah satu perundangan yang perlu diluluskan segera bagi melindungi kesihatan awam.

“Saya berharap begitu (GEG diluluskan) kerana cecair nikotin ini telah dikeluarkan daripada senarai racun sejak beberapa bulan lalu.

“Bila kita buat macam itu, tanpa undang-undang baharu, cecair nikotin dalam vape tidak boleh dikawal.

“Ada perkara serius risiko kesihatan awam yang kita kena hadapi tanpa perundangan. Ia (GEG) kena diluluskan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di UCSI University hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan KKM akan mengkaji cadangan supaya kawalan penggunaan rokok dan rokok elektronik atau vape dijalankan secara serentak melalui dasar Generasi Penamat (GEG).

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, KKM akan mengambil maklum pandangan semua pihak sebelum Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dimulakan pada 2027.

Katanya, ini kerana kompaun terlalu rendah, hanya sekitar RM500 berbanding dengan cadangan asal RM5,000 dan kini kompaun sedia ada pada peringkat RM1,000.

Ditanya tentang mekanisme lain untuk mengawal nikotin dalam vape, Khairy Jamaluddin berkata, tiada cara lain melainkan undang-undang baharu diperkenalkan.

“Tiada mekanisme yang boleh kawal liquid nicotin dalam vape kerana ia sudah dikeluarkan daripada senarai jadual Akta Racun 1952.

“Apa yang dia perlu apa yang patut berlaku ialah untuk perundangan diluluskan terlebih dahulu,” katanya lagi.

Sumber: Malaysia Gazette

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss