TEG horizontal logo 2

Tiada kawalan kerajaan punca kanak-kanak hisap vape

BANGI, Selasa – Pengerusi Bersama (MACSA), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar mempersoalkan, sehingga kini tiada Rang Undang-Undang (RUU) khusus untuk penjualan, pemilikan serta pengiklanan berhubung produk rokok dan vape di negara ini.

Pengerusi Bersama (MACSA), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar 

Rafidah Hanim berkata, produk rokok elektronik atau vape kini sudah disamakan seperti gula-gula biasa apabila kanak-kanak juga dibenarkan untuk memilikinya. 

“Tapi tidak dibentang undang-undang baharu, jadi ada kelopongan. Ketika ini vape taraf dia sama dengan gula-gula, mana-mana budak boleh masuk beli. Jadi kerajaan patut halang semua ini, dia tak faham bila undang-undang tiada, dia tak boleh,” katanya. 

Beliau juga menyifatkan, ramai dalam kalangan pengamal perubatan di negara ini yang begitu kecewa apabila RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 langsung tidak dibahaskan pada Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini. 

Tambahnya, akibat daripada tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri yang mengeluarkan cecair nikotin daripada akta racun, kini vape telah dikatakan halal oleh penggunanya sendiri. 

Sumber: PERTIWI

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss