TEG horizontal logo 2

Tujuh dikompaun kerana merokok di kawasan larangan

KUALA LUMPUR – Tujuh individu dikompaun kerana merokok di kawasan larangan menerusi operasi di sebuah pusat beli-belah di sini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, kesemua mereka turut dikenakan notis 11(1)(n) di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Menurutnya, operasi larangan merokok itu dijalankan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL.

“Dalam operasi tersebut, pihak pengurusan pusat beli-belah itu telah disarankan untuk menambah lebih banyak papan tanda larangan merokok terutama di kawasan tempat letak kereta.

“Pihak pengurusan turut dimaklumkan supaya menggunakan tong sampah yang tidak bersekali dengan tempat abu rokok bagi mengelakkan pelanggan atau pekerja merokok di dalam premis,” katanya.

Katanya, DBKL turut mengeluarkan nasihat dan pendidikan kesihatan diberikan berkenaan Penguatkuasaan Kawalan Hasil Tembakau kepada orang awam dalam operasi tersebut.

Ketua Penyelaras operasi tersebut ialah Timbalan Pengarah Kanan JKAS, Dr Norhalizam Ismail.

Sumber: Sinar Harian

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss