TEG horizontal logo 2

Wan Saiful bantah RUU Kawalan Produk Merokok

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan tampil membantah cadangan memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok.

Katanya, ia melambangkan keinginan kerajaan mengawal gaya hidup dan menyekat kebebasan memilih rakyat, serta mewujudkan kemungkinan undang-undang lain digunakan untuk mengawal kebebasan rakyat.

“Kita sekarang melihat bagaimana kerajaan mempergunakan undang-undang untuk mengekang kebebasan bersuara. Adakah kita mahu kerajaan terus melebarkan kuasa hingga boleh mengekang kebebasan lain juga?

“Kita juga perlu sedar bahawa undang-undang ini diperkenalkan dalam keadaan rakyat tidak menuntutnya. Rakyat mahukan kawalan harga barang dan sekatan kenaikan kos sara hidup, bukan kawalan dan sekatan terhadap kebebasan memilih,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, hanya ada beberapa kumpulan sahaja yang menuntutnya dengan vokal.

“Sekiranya akta ini diluluskan, 100 peratus rokok dalam negara akan menjadi rokok seludup kerana sudah tiada lagi yang boleh dijual secara sah.

“Kerajaan pula tidak akan boleh mengawal kandungan rokok-rokok seludup ini dan akibatnya mungkin lebih berbahaya dari sekarang,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss