TEG horizontal logo 2

Kanak-kanak hisap vape ancam rekod ‘bebas rokok’ Australia

Kanak-kanak yang menggunakan vape menghadapi risiko lebih besar untuk mula beralih kepada rokok, demikian menurut kajian dilaporkan Daily Mail.

  • Kanak-kanak yang menggunakan vape menghadapi risiko lebih besar untuk mula beralih kepada rokok, demikian menurut kajian dilaporkan Daily Mail.
  • Generation Vape, sebuah projek penyelidikan kebangsaan mengenai peningkatan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan belia melakukan tinjauannya ke atas lebih 5,100 remaja.
  • Kajian itu mendapati kanak-kanak 12 tahun yang menghisap vape 29 kali lebih berkemungkinan untuk mencuba merokok berbanding kanak-kanak sebaya yang tidak pernah menggunakannya.
  • Pakar kesihatan mengatakan perkara itu peringatan penting tentang perlunya kerajaan bekerjasama melaksanakan dan menguatkuasakan rombakan dasar terhadap penggunaan vape.
  • Kajian pertama seumpamanya di Australia itu menggunakan data yang dikumpulkan pada 2023.

Kanak-kanak yang menggunakan vape menghadapi risiko lebih besar untuk mula beralih kepada rokok, demikian menurut kajian dilaporkan Daily Mail.

Generation Vape, sebuah projek penyelidikan kebangsaan mengenai peningkatan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan belia melakukan tinjauannya ke atas lebih 5,100 remaja.

Kajian itu mendapati kanak-kanak 12 tahun yang menghisap vape 29 kali lebih berkemungkinan untuk mencuba merokok berbanding kanak-kanak sebaya yang tidak pernah menggunakannya.

Pakar kesihatan mengatakan perkara itu peringatan penting tentang perlunya kerajaan bekerjasama melaksanakan dan menguatkuasakan rombakan dasar terhadap penggunaan vape.

Kajian pertama seumpamanya di Australia itu menggunakan data yang dikumpulkan pada 2023.

Penulis utama, Sam Egger berkata mereka mendapati kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun yang menghisap vape lima kali lebih berkemungkinan untuk mula merokok, dengan kadar itu meningkat seiring dengan betapa mudanya usia mereka memulakan vape.

“Semakin muda seseorang mula menggunakan vape, semakin tinggi risiko mereka untuk mencuba merokok,” katanya.

Sehingga baru-baru ini, Australia merupakan kisah kejayaan antarabangsa dalam isu pengurangan kadar merokok dalam kalangan remaja, kata Penyelia Kajian di Universiti Sydney, Profesor Madya Becky Freeman.

Kadar merokok dalam kalangan remaja pernah menurun dari 58 peratus pada 1996 kepada 14 peratus pada 2023.

Data terkini menunjukkan kemungkinan meningkatnya kadar merokok dalam kalangan remaja sejajar ledakan penggunaan vape “dan kajian terbaru ini menunjukkan betapa seriusnya ancaman itu,” kata Freeman.

Sumber: The Merdeka Times

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss