TEG horizontal logo 2

Dobi, bangunan tempat kerja kawasan larangan merokok bermula 1 Jan

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata tambahan tempat larangan merokok itu menjadikan keseluruhan sebanyak 28 kawasan Akta 852.

Bermula 1 Jan dobi dan bangunan tempat kerja di semua sektor kerajaan serta swasta termasuk antara kawasan larangan merokok.

PUTRAJAYA: Bangunan dobi dan tempat kerja di semua sektor kerajaan serta swasta akan menjadi kawasan larangan merokok terbaru bermula 1 Jan tahun depan.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata tambahan tempat larangan merokok itu menjadikan keseluruhan sebanyak 28 kawasan menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Dzulkefly berkata, kawasan dobi menjadi antara diperjuangkannya untuk disenaraikan sebagai tempat larangan merokok sejak kali pertama menjadi menteri kesihatan pada 2019.

Pastinya saya berasa bersyukur akhirnya dobi menjadi tempat larangan merokok,

 katanya pada sesi taklimat media berhubung Akta 852.

Selain dua kawasan itu, tempat lain yang disenaraikan ialah pusat hiburan atau teater, kecuali kasino, kawasan hospital atau klinik, lif atau tandas awam, tempat makan serta kedai berhawa dingin.

Akta 852 yang diwartakan pada 2 Feb lalu berkuat kuasa serentak dengan peraturan serta perintah di bawahnya bermula 1 Okt.

Selain penguatkuasaan serta-merta, KKM turut melaksanakan penguatkuasaan pendidikan bagi tempoh enam hingga 12 bulan, termasuk aspek pendaftaran produk merokok yang akan dikuatkuasakan bermula 1 April 2025.

Kementerian Kesihatan juga menguatkuasakan larangan serta-merta atas penjualan produk rokok di institusi pendidikan, pasar jualan, dalam talian dan mesin layan diri.

Turut dilarang serta-merta apa jua bentuk iklan, promosi dan tajaan semua jenis produk merokok, yang menyasarkan kanak-kanak dan remaja.

Sumber: FMT

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss