TEG horizontal logo 2

KKM sasar kurangkan prevalen penggunaan tembakau pada Disember 2025

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mensasarkan untuk mengurangkan prevalen penggunaan tembakau konvensional kurang 15 peratus (%) menjelang Disember tahun depan, susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penguatkuasaan Akta 852 yang lebih menyeluruh berupaya membantu mencapai sasaran terbabit berbanding 19% yang direkodkan pada Tinjauan Tembakau Dewasa Global (GATS) Malaysia 2023.

“Walaupun prevalen penggunaan tembakau berkurang daripada 21.3% kepada 19 peratus, terdapat peralihan daripada merokok konvensional kepada penggunaan vape.

“Sekarang kita tinggal 4% untuk mencapai sasaran terbabit dan saya berharap kita dapat mencapainya menjelang Disember 2025 untuk (mendapat angka) 15% atau kurang daripadanya,” katanya pada sesi taklimat media berkaitan Akta 852 di bangunan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dzulkefly berkata demikian ketika ditanya apakah pencapaian yang disasarkan KKM selepas Akta 852 dikuatkuasakan pada 1 Oktober lalu.

KKM menguatkuasakan larangan serta-merta atas penjualan produk rokok di institusi pendidikan, pasar jualan, dalam talian dan mesin layan diri.

Turut dilarang serta-merta apa jua bentuk iklan, promosi dan tajaan semua jenis produk merokok, yang menyasarkan kanak-kanak dan remaja. 

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss